Skip to main content

PUSAT PEMBANGUNAN HEBAT (HDC)

TAKWIM SIDANG 2019/2020

Takwim A3 size

17 April 2020 - Pusat Pembangunan HEBAT telah menyediakan Takwim yang baharu bagi semester 2 2019/2020
kepada semua warga USM bagi selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Takwim berikut mengandungi
tarikh cuti serta sambutan. Penyediaan takwim ini adalah bertujuan bagi membantu para pelajar membuat perancangan dengan baik dalam melalui sidang akademik 2019/2020.

Rising Star Agri-Food Innovation Challenge 2021

hebahan

Salam and hi!
The Rising Star Agri-Food Innovation Challenge is exclusively brought to life by Indonesia Malaysia Thailand Growth Triangle University Network (IMT-GT UNINET) and Green Growth Asia Foundation (GGAF), and powered by the global Thought For Food (TFF) Foundation.

Students at registered institutions of higher learning in Malaysia, Indonesia and Thailand are invited to design innovative solutions that transform food systems.
The Challenge call is open to all undergraduate and graduate students, across all disciplines.
For more details???
https://thoughtforfood.org/rising-star-agrifood-innovation-challenge/

Majlis Perasmian The Bricks

USM PULAU PINANG, 8 Mac 2021

Majlis Perasmian The Bricks, Siswaniaga @USM telah disempurnakan oleh Naib Canselor USM , Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamad Adikan. Turut hadir  adalah para kenamaan, pegawai - pegawai utama universiti dan tetamu yang diraikan Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Mantan Naib Canselor USM. Majlis ringkas tetapi meriah itu tetap diadakan dengan mengambil kira pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan penjarakan fizikal sepanjang majlis tersebut.  

Bangunan Siswaniaga yang sebelum ini kosong dan dikenali sebagai pasar pelajar telah berubah wajah dan sangat eksklusif adalah hasil sentuhan kreatif  Profesor Dr. Aldrin Abdullah ,Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA), USM. Dalam taklimat ringkas, beliau berkata, The Bricks, Siswaniaga@USM merupakan projek naik taraf bangunan satu tingkat yang menggunakan dana RM300,000 hasil kemenangan daripada MoHE Entrepreneurial Awards ( MEA ) pada tahun 2018 yang lalu. Pembangunan The Bricks bertepatan dengan inisiatif dalam meningkatkan Petunjuk Prestasi Utama  ( KPI ) Keusahawanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi dan selari dengan Pelan Tindakan Keusahawanan 2021 - 2025 Institusi Pendidikan Tinggi.

Terdapat 3 ruang utama di The Bricks yang berfungsi sebagai 'learning space", 'lounge', ruang riadah, ruang pameran dan ruang perniagaan.  Di ruang perniagaan, cenderamata yang dipasarkan  merupakan produk yang dihasilkan oleh para pelajar, pensyarah, staf dan alumni USM. Antara cenderamata yang terdapat  di sini adalah 'sabun organik' dan 'poster hiasan'  dari produk penyelidikan pensyarah, 'lukisan' dan 'barangan seramik' dari Pusat Pengajian Seni, 'mangkuk tingkat' dari Desasiswa Saujana, cokelat dan baju dari Alumni USM. Selain itu ruang perniagaan ini juga turut berfungsi sebagai Pusat Latihan Keusahawanan Pelajar USM secara 'hands-on' .

Seramai 14 orang pelajar telah terpilih sebagai JORAN sulung The Bricks. Mereka telah mula bertugas sejak Disember 2020 dengan melakukan operasi perniagaan seperti urusan pemasaran, kewangan, pengeluaran, operasi, pemeriksaan kualiti dan sumber manusia. 

Orang ramai khususnya para pelajar dan staf USM dijemput melawati The Bricks. Selain membeli barangan cenderamata , mereka juga dapat menikmati ruang perniagaan yang sangat bergaya dan memukau pandangan.

The Bricks beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

IMG_0080.jpg

IMG_0116.jpg

IMG_0170.jpg

ALUMNI PENGUSAHA INKUBATOR USM AHNAF HAKIMI AHMAD SUMBANG FACE SHIELD KE HOSPITAL PULAU PINANG

Usahawan robotik dan cetakan 3-D, merupakan alumni USM dalam bidang Instruksi Multimedia, Ahnaf Hakimi Ahmad, 31, turut cakna dalam membantu pihak perubatan dengan membekalkan dan mengagihkan secara berperingkat 400 Face Shield ke Hospital Pulau Pinang dan klinik sekitar Pulau Pinang. Face Shield tersebut telah dicetak menggunakan mesin rekaannya sendiri di Lot G, Uptown Mall, Universiti Sains Malaysia dalam menangani wabak Covid-19.

Beliau bersama-sama rakan kongsinya Faizah Irdina Mohd Fauzi, 24, Ahmad Nasruddin Mohd Nadzari, 24, dan Suvanith Khunpitak A/L Tan, 26, berasa bertanggungjawab dan terpanggil untuk membantu membekalkan peralatan tersebut bagi melindungi pasukan perubatan dalam menangani wabak Covid-19 melalui sumbangan kewangan daripada rakan sekeliling dan orang awam dalam membeli bahan mentah untuk cetakan iaitu filamen.

Ahnaf Hakimi adalah alumni pengusaha inkubator usahawan pelajar USM yang kini sedang menjalankan perniagaan Kognitif Lab di Lot G, Uptown Mall, USM.

Tanggungjawab sosial ini diharapkan dapat membantu pihak pasukan perubatan HPP dalam menangangi wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Sebarang sumbangan boleh menghubungi saudari Faizah Irdina di talian 017-553 7334 atau email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

PROSEDUR OPERASI PIAWAI(SOP) KEMASUKAN PELAJAR/STAF PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN.

13 April 2020 - Universiti Sains Malaysia (USM) telah mewartakan Prosedur Operasi Piawai (SOP) Kemasukan Pelajar/Staf Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memastikan langkah-langkah pematuhan yang perlu diambil agar kampus tidak berisiko kemungkinan jangkitan wabak pendemik COVID-19.

SOP ini bertujuan menyelaraskan semua aktiviti akademik dan bukan akademik di USM agar pengawalan risiko jangkitan COVID-19 dapat diteruskan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat PKP.

Bagi memberi kefahaman serta membantu warga USM  mengikuti SOP yang telah diwartakan ini, Soalan Lazim dan Jawapan turut disediakan sebagai dokumen berkembar bagu SOP ini.

Prosedur Operasi Piawai (SOP) PKP serta Soalan Lazim Berhubung SOP ini boleh dirujuk melalui Menu Muat Turun HDC atau klik di sini.