Skip to main content

PUSAT PEMBANGUNAN HEBAT (HDC)

ALUMNI PENGUSAHA INKUBATOR USM AHNAF HAKIMI AHMAD SUMBANG FACE SHIELD KE HOSPITAL PULAU PINANG

Usahawan robotik dan cetakan 3-D, merupakan alumni USM dalam bidang Instruksi Multimedia, Ahnaf Hakimi Ahmad, 31, turut cakna dalam membantu pihak perubatan dengan membekalkan dan mengagihkan secara berperingkat 400 Face Shield ke Hospital Pulau Pinang dan klinik sekitar Pulau Pinang. Face Shield tersebut telah dicetak menggunakan mesin rekaannya sendiri di Lot G, Uptown Mall, Universiti Sains Malaysia dalam menangani wabak Covid-19.

Beliau bersama-sama rakan kongsinya Faizah Irdina Mohd Fauzi, 24, Ahmad Nasruddin Mohd Nadzari, 24, dan Suvanith Khunpitak A/L Tan, 26, berasa bertanggungjawab dan terpanggil untuk membantu membekalkan peralatan tersebut bagi melindungi pasukan perubatan dalam menangani wabak Covid-19 melalui sumbangan kewangan daripada rakan sekeliling dan orang awam dalam membeli bahan mentah untuk cetakan iaitu filamen.

Ahnaf Hakimi adalah alumni pengusaha inkubator usahawan pelajar USM yang kini sedang menjalankan perniagaan Kognitif Lab di Lot G, Uptown Mall, USM.

Tanggungjawab sosial ini diharapkan dapat membantu pihak pasukan perubatan HPP dalam menangangi wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Sebarang sumbangan boleh menghubungi saudari Faizah Irdina di talian 017-553 7334 atau email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..