Skip to main content

PUSAT PEMBANGUNAN HEBAT (HDC)

Majlis Perasmian The Bricks

USM PULAU PINANG, 8 Mac 2021

Majlis Perasmian The Bricks, Siswaniaga @USM telah disempurnakan oleh Naib Canselor USM , Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamad Adikan. Turut hadir  adalah para kenamaan, pegawai - pegawai utama universiti dan tetamu yang diraikan Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Mantan Naib Canselor USM. Majlis ringkas tetapi meriah itu tetap diadakan dengan mengambil kira pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan penjarakan fizikal sepanjang majlis tersebut.  

Bangunan Siswaniaga yang sebelum ini kosong dan dikenali sebagai pasar pelajar telah berubah wajah dan sangat eksklusif adalah hasil sentuhan kreatif  Profesor Dr. Aldrin Abdullah ,Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA), USM. Dalam taklimat ringkas, beliau berkata, The Bricks, Siswaniaga@USM merupakan projek naik taraf bangunan satu tingkat yang menggunakan dana RM300,000 hasil kemenangan daripada MoHE Entrepreneurial Awards ( MEA ) pada tahun 2018 yang lalu. Pembangunan The Bricks bertepatan dengan inisiatif dalam meningkatkan Petunjuk Prestasi Utama  ( KPI ) Keusahawanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi dan selari dengan Pelan Tindakan Keusahawanan 2021 - 2025 Institusi Pendidikan Tinggi.

Terdapat 3 ruang utama di The Bricks yang berfungsi sebagai 'learning space", 'lounge', ruang riadah, ruang pameran dan ruang perniagaan.  Di ruang perniagaan, cenderamata yang dipasarkan  merupakan produk yang dihasilkan oleh para pelajar, pensyarah, staf dan alumni USM. Antara cenderamata yang terdapat  di sini adalah 'sabun organik' dan 'poster hiasan'  dari produk penyelidikan pensyarah, 'lukisan' dan 'barangan seramik' dari Pusat Pengajian Seni, 'mangkuk tingkat' dari Desasiswa Saujana, cokelat dan baju dari Alumni USM. Selain itu ruang perniagaan ini juga turut berfungsi sebagai Pusat Latihan Keusahawanan Pelajar USM secara 'hands-on' .

Seramai 14 orang pelajar telah terpilih sebagai JORAN sulung The Bricks. Mereka telah mula bertugas sejak Disember 2020 dengan melakukan operasi perniagaan seperti urusan pemasaran, kewangan, pengeluaran, operasi, pemeriksaan kualiti dan sumber manusia. 

Orang ramai khususnya para pelajar dan staf USM dijemput melawati The Bricks. Selain membeli barangan cenderamata , mereka juga dapat menikmati ruang perniagaan yang sangat bergaya dan memukau pandangan.

The Bricks beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

IMG_0080.jpg

IMG_0116.jpg

IMG_0170.jpg